Pada hari ini, Maahad Tahfiz Daril Ulum telah menerima lawatan penilaian daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Jabatan Pertanian Malaysia.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada proses penilaian bagi pencalonan Anugerah Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan 2025.
Tanaman nanas merupakan projek keempat selepas projek tanaman jagung, tembikai dan sawi di bawah program kemahiran (TVET) di MAFIZ.
Kami amat berbesar hati menerima kunjungan dan penilaian ini, semoga memberi semangat kepada pengurusan MAFIZ dan pelajar untuk terus komited melahirkan generasi al-Quran yang berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk tanaman.