PROGRAM TANAMAN JAGUNG

PROGRAM TANAMAN JAGUNG DI BAWAH KURSUS BERKREDIT “OPERASI PENGELUARAN TANAMAN” JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)
1. Program tanaman jagung yang diusahakan di MAFIZ merupakan program “Operasi Pengeluaran Tanaman” tahap tiga di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program yang diselia bersama Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) melibatkan 30 orang perantis.
2. Untuk menghasilkan hasil yang baik, tempoh masa tiga bulan diambil bagi mengurus selia bermula dari awal penghasilan anak pokok sehingga ke peringkat akhir iaitu penghasilan jagung. Program ini dipantau khas oleh pelatih yang bertauliah, KPKB dan JPK.
3. Para perantis dibahagikan tugas mengikut kumpulan masing-masing dan hasilnya sebanyak 5000 pokok berjaya ditanam dan sedia untuk dikutip. Pendedahan kemahiran ini merupakan pengalaman yang berguna buat semua perantis.
4. Semoga program yang dijalankan ini memberikan pengalaman dan kemahiran berganda kepada seluruh perantis selain pengajian utama dalam aspek al-Quran dan akademik
Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat dalam menjayakan program tanaman jagung kali ini. Pendaftaran pelajar baru dibuka, sila tekan pautan di bawah untuk pendaftaran.
https://forms.gle/xuXAjwbEfotE8W3M7