SEJARAH PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ DARIL ULUM
Penubuhan Maahad Tahfiz Daril Ulum (MAFIZ) diilhamkan oleh YB Ustaz Dato’ Panglima Perang, Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Bin Hj. Daud dan Ybrs Ustaz Hj. Mohd Mansor Bin Hj. Daud. Hasrat membangunkan produk pendidikan Islam ini adalah bagi menyambung legasi perjuangan memartabatkan institusi pendidikan Islam yang awalnya sudah dimulakan oleh ayahanda pengasas MAFIZ iaitu Tuan Guru Hj. Daud bin Hj, Yusof.
MAFIZ dibina di atas sebidang tanah bermula pada tahun 2012, usaha menyiapkannya memakan masa 4 tahun sebelum beroperasi secara rasmi pada 31 Januari 2015. Bangunan yang mempunyai 3 tingkat dapat memuatkan 150 pelajar dalam satu-satu masa. Dilengkapi bilik air, satu dewan besar, tiga kelas pengajian, 6 bilik asrama dan 1 bilik warden.
MAFIZ diurus selia oleh Ustaz Ahmad Syakir yang dibantu oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Ibrahim dan Ustaz Hasan. Seramai 27 orang pelajar tingkatan 1 didaftarkan sebagai pelajar perantis generasi pertama MAFIZ. Seterusnya disusuli dengan 28 orang pelajar diterima masuk sebagai pelajar generasi kedua MAFIZ. Sehingga kini MAFIZ beroperasi dengan kekuatan. 6 orang tenaga pengajar yang salah seorangnya didatangkan khas dari Tanah Arab Mesir, 2 orang warden dan 2 orang tukang masak.
MAFIZ merupakan Maahad Tahfiz yang mengadunkan dwi-sistem melalui sistem pembelajaran secara akademik Yayasan Islam Kelantan dan Teknik Hafazan Al-Quran MAFIZ (MAFIZ). Pendekatan ini dijadikan sebagai model jaringan hubungan dan kolaborasi antara Sekolah Menengah Ugama Arab Tarbiah Diniah Meranti dan Maahad Tahfiz Daril Ulum. Sesi siang dilangsungkan di SMU (A) Tarbiah Diniah Meranti disusuli dengan sesi kedua di MAFIZ.
GARIS MASA DARI PERMULAAN PENUBUHAN MAFIZ
MAFIZ DIBANGUNKAN
- FEBRUARI 2012
Memulakan pembinaan pada awal tahun 2012 dan memakan masa selama 4 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
MAFIZ MEMULAKAN OPERASI SECARA RASMI
- JANUARI 2015
Seramai 27 orang pelajar tingkatan 1 didaftarkan sebagai pelajar perantis generasi pertama MAFIZ. Seterusnya disusuli dengan 28 orang pelajar diterima masuk sebagai pelajar generasi kedua MAFIZ.
3 TAHUN BEROPERASI
- OGOS 2018
Sepanjang 3 tahun beroperasi Insya-Allah MAFIZ masih meneruskan perjuanganya iaitu Melahirkan Generasi Al-Quran. Alhamdulillah Ya Allah.
MAFIZ DI TAHUN 2020
- FEBRUARI 2020
Kini MAFIZ sudah beroperasi selama 5 tahun dan jumlah pelajar meningkat dari masa ke semasa.
MENUJU VISI 2025
- NOVEMBER 2021
MAFIZ sekarang berada di landasannya yang terbaik dan insya-Allah bakal melahirkan pelajar al-Hafiz pertama pada tahun 2022.